Sunday, January 19, 2014

I'm SPECILIZED

Here we go. Sudah sekian lama saya tidak menulis blog ni. Almaklumlah menyibukkan diri berbasikal, Sebenarnya june ada satu cerita, I'm Specialized right now...teruja mak ok...memang tak penah sangka dapat tajaan dari Dato' S ni...so special..Sebenarnya semua berlaku tidak lah di sangka-sangka, dulu-dulu pernah la berangan dengan sorang brother ni abang Dzulkeffly konon la ber specilized...dia sememangnya menunggang jentera specialized. Nak ikutkan tak mampu saya nk memiliki specialized ni. Sangat mahal untuk memilikinya.

Nak di jadikan cerita, pada permulaan nk join PCC, kayuhan Karipap...hahhahhahaa....trail memang superb...tak caya cuba tengok gambar ni. hiking beb. tinggi giler tebing ni...nalek kan....hahahahhaa...


Anyway, saya sambung cerita tadi...selepas menamatkan kayuhan tu...memang suffer, last stage bukit saya boleh kayuh separuh je. tak larat dah..mental pun ada...masa kat check point last (3) ingat ada air manis, sekali tak de la pulak. waaaarrrrgghhhh nk air manis...... teruskan jugak la kan. nasib bukan perlumbaan hanya kayuhan beramai-ramai.

Sesudah sampai, melepek kejap la....tunggu...punya tunggu...wany dengan syahrul tak sampai-sampai manakah dia orang ni...Is pun tak nmpk bayang. Haziri tak yah ckp la..dia dah sampai dulu. Saya pun ajak haziri pergi tukar baju. Rupanya Is chicken dia dah lama sampai. Hypo katanya nk tahu apa itu hypo nanti sy buat special post untuk hypo ni.

setelah siap-siap tukar baju mmg tak mandi la..tak de tempat nk mandi pun kat kawasan tu, Semenyih Fish Valley. Buat pertama kalinya saya sampai tempat ni pun. PCC ni di taja oleh Gin Huat. Gin Huat ni la yang bawak masuk SPECIALIZED. Kebetulan di event tersebut ada test bike dari Specialized. Saya pun apa lagi sign up tuk test bike SPECILIZED STUMPJUMPER 29er Frame Carbon tu. Yang model mana satu saya tak sure tak amik port dah..janji dapat naik basikal tu. hahahahaha. rupa dia lebih kurang kat bawah ni cuma color ada beza dan maybe komponen dia yang lain.


Kontrak saya dengan EXITWAY dah tamat. So masa PCC tu saya guna basikal saya sendiri dengan hikmat sumbangan Eddie Hassan wheelset beliau 650b. terbaik la...best..best.. Nak di jadikan cerita, Haziri telah memberitahu dan mempelawa saya kepada Team pengurusan Specilized Mr. Dominic. Di situlah permulaan segalanya I'M SPECIALIZED.


No comments:

Post a Comment